fbpx

Kesejahteraan, kebajikan rakyat keutamaan saya – Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika menggaul yee sang pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak di Melawati Convention Centre, Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam.

PETALING JAYA – Kerajaan Selangor bertekad untuk terus memberi keutamaan kepada kesejahtraan dan kebajikan rakyat berbilang kaum di negeri ini.

Hasrat tersebut disampaikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak 2024 di Melawati Convention Centre, Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam.

Malah kata Amirudin, sebagai sebagai sebuah negeri maju, beliau juga mahu mengekalkan keharmonian yang dikecapi di negeri itu ketika ini.

“Sebagai pemimpin bertanggungjawab memimpin negeri paling maju dan menjadi punca kepada kegiatan ekonomi negara, saya janji untuk mengekalkan keharmonian ini yang amat penting dalam sesebuah negara.

“Keharmonian ini juga demi memastikan rakyat hidup selesa, hormat-menghormati dan saling memahami meski ada perbezaan tetapi ia bukan alasan punca perbalahan kaum yang mungkin boleh menyebabkan hancurnya negara yang sudah merdeka bertahun-tahun,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut berkongsi beberapa kejayaan negeri itu sehingga menjadikan Selangor antara tiga negeri terbaik daripada pelaksanaan projek pembangunan.

“Menerusi Rancangan Malaysia ke-12, Selangor berjaya mencatat kesempurnaan pelaksanaan projek 99.6 peratus dan kita merupakan antara tiga negeri terbaik.

“Saya percaya ini merupakan tanda positif untuk negeri dan negara kita kembali pulih,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis rumah terbuka itu, lebih 1,500 pengunjung hadir memeriahkan program yang bermula kira-kira pukul 7 malam.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI