fbpx

Bekalan makanan Selangor cukup tiga bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (dua kanan) meninjau gerai Jualan Termurah Madani sambil ditemani Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi. FOTO: AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA SELANGOR – Bekalan makanan di Selangor mencukupi sekurang-kurangnya tiga bulan bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kemarau.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan bekalan makanan berunsurkan karbohidrat seperti beras dan protein sama ada ikan, daging atau ayam.

Katanya, kerajaan negeri sedang membina sebuah gudang di utara negeri ini bagi memastikan kejayaan perancangan tersebut.

“Insya-Allah, kalau projek ini lengkap dan Selangor akan mempunyai keterjaminan makanan antara tiga bulan.

“Maknanya, kalau hadapi peperangan sekitar (antarabangsa) dan beras tidak dapat diimport dan sebagainya, kita masih ada bekalan makanan.

“Jadi, Selangor akan jadi satu-satunya negeri di Malaysia yang akan mempunyai daya tahan kerjaminan makanan selama tiga bulan tanpa ganggu daripada mana-mana pihak,” katanya selepas merasmikan Ekspo Jualan Termurah Madani di Tanjong Karang, hari ini.

Beliau menambah, tempoh tiga bulan itu adalah relevan memandangkan Selangor mempunyai tujuh juta rakyat.

“Kalau kita mempunyai tujuh juta rakyat dan hendak simpan beras satu hari untuk setiap rakyat, katakan 100 gram jumlahnya.

“Justeru, kita sediakan untuk tiga bulan dulu dan tidak bermakna tidak bergerak simpanan itu. Bila kita habiskan sekilo, kita akan gantikan dengan jumlah sama,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amirudin menjelaskan, Jualan Ehsan Rakyat (JER) anjuran kerajaan negeri dan Jualan Termurah Madani akan digabungkan bagi memberik pilihan kepada rakyat seperti dilakukan sebelum ini.

“Kita sasar paling tidak satu parlimen satu kali dapat dibuat dalam tahun ini dengan melihat kepada kekuatan dan kemampuan kita.

Saya akan bertmu Majlis Tindakan Sara Hidup Negara dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi mencari pendekatan lebih baik dan tidak menelan subsidi besar, sebaliknya barangan sampai ke rakyat pada harga murah,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI