fbpx

[VIDEO] Wanita teruja ADUN Duyong sudi sumbang anak itik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman TikTok.

PETALING JAYA – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem yang sanggup menunaikan hasrat seorang wanita yang ingin membela itik mendapat perhatian orang ramai, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video berdurasi dua minit yang tular di laman TikTok, beliau sanggup turun padang demi merealisasikan impian wanita tersebut yang ingin membela anak itik untuk tujuan ‘healing’.

Menurut wanita tersebut, dia ingin membela itik-itik tersebut daripada kecil hingga besar dan kemudiannya menjual semua haiwan tersebut untuk membeli berapa ekor angsa.

Selepas mendengar permintaan wanita tersebut, Noor Helmy telah menghantar 10 ekor itik daging terus ke rumah wanita tersebut.

Lebih melucukan, wanita tersebut juga berjanji untuk menamakan salah seekor itik tersebut dengan nama Noor Helmy dan mempelawa ADUN Duyong itu untuk kembali menziarahinya selepas beberapa tahun.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok menyuarakan perasaan geli hati masing-masing terhadap gelagat wanita tersebut.

“Kalau saya keluar dengan mak cik ini, mahu sampai pagi sembang tak habis,” kata Farhan.

“Pandai mak cik ini. Dia tahu cara untuk sara diri tanpa terus meminta-minta. Jadi dia minta sesuatu yang boleh bantu dia dalam satu jangka masa panjang,” kata Aduka.

“Saya minta YB (Yang Berhormat) tolong ‘update’ bila itik dah besar, saya nak tengok lebih-lebih lagi yang nama YB tu,” kata Dak.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 35,200 tanda suka dan 1,363 komen. – KOSMO! ONLINE

@mnhelmy itu hari cerek, ini hari itik.. Mat okay je asalkan permintaan rahmah mampu milik 😊 #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #itik #fyp ♬ original sound – Mohd. Noor Helmy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI