fbpx

Shakilla Khoriri nikah hari ini?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Belum reda isu tuntutan hak penjagaan anak dengan bekas suami, pelakon Shakilla Khoriri dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang ahli perniagaan hari ini.

Shakilla, 34, dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka yang pernah digosipkan dengannya sebelum ini.

Pelakon drama Bisik Bisik Gelora itu juga mendakwa lelaki itu merupakan duda anak satu.

Sementara itu, cubaan Kosmo! Online mendapatkan pengesahan Shakilla tidak berjaya apabila dia tidak membalas mesej WhatsApp dan menjawab panggilan telefon.

Terdahulu, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun disahkan berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI