fbpx

Di Mekah, saya doa semuanya elok semula – Ruhainies

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Berharap segala-galanya akan pulih, Ruhainies mengakui turut menadah tangan berdoa di Tanah Suci agar kemelut yang melanda segera berakhir.

PETALING JAYA – Dihambat kontroversi tangkap khalwat dan digelar penyondol rumah tangga orang, pelakon Ruhainies menganggap semua itu sebagai satu bentuk ujian dalam hidupnya.

Sedar diri dikecam teruk, Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, tidak menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengambil iktibar atas semua yang terjadi.

“Saya ambil benda ini sebagai ujian dan hikmah. Saya juga tak boleh salahkan netizen dan minta maaf kepada semua yang terlibat.

“Kalau saya ada di tempat mereka (netizen), mungkin juga saya akan lebih marah daripada mereka ketika ini.

“Saya tak mahu tegakkan benang yang basah walaupun ada story (cerita) di sebaliknya dan ingin meletakkan noktah untuk semuanya,” katanya.

Bintang drama Cukup Derita Itu juga berulang kali meluahkan hasrat untuk mencari titik pendamaian dengan pelakon, Bella Astillah selepas semua kemelut yang melanda mereka ketika ini.

“Saya nak berdamai dan mahu semua orang gembira semula. Ini semua pengajaran yang mahal dan saya tak suka bergaduh dengan orang.

“Kalau saya tetap berbalas kenyataan, bila benda ini nak berakhir?

“Saya tak mahu paksa Bella terima saya semula, apatah lagi nak berkawan semula. Harapnya tiada pihak mengeruhkan lagi keadaan sekarang,” jelasnya.

Berharap segala-galanya akan pulih, Ruhainies mengakui turut menadah tangan berdoa di Tanah Suci agar kemelut yang melanda segera berakhir.

“Saya cuma minta pihak sana memaafkan. Ketika di Mekah, saya banyak berdoa agar semuanya elok semula. Dengar seperti mustahil tetapi itulah harapan saya.

“Kita berdamailah dengan semua orang,” tuturnya dalam nada sebak.

Pada 8 Mac lalu, nama Ruhainies meledak selepas ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Kemunculan wanita yang juga kekasih gelap Aliff iaitu Sarah Yasmine baru-baru ini turut mengeruhkan lagi keadaan apabila dia mendedahkan Ruhainies dan Aliff berkomplot untuk menjatuhkan Bella.

Bahkan, hubungan mereka masih terjalin meskipun selepas Aliff ditangkap khalwat.

Rentetan daripada kes tangkap khalwat, Bella juga nekad menfailkan cerai terhadap Aliff pada 11 Mac lalu.

Namun, Alif pada 4 April lalu enggan menceraikan isterinya atas alasan masih menyayangi Bella. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI