fbpx

MR D.I.Y catat untung bersih RM158.6 juta suku keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MR D.I.Y aktif meluaskan cawangannya di seluruh negara pada tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – MR D.I.Y Group Bhd (MR D.I.Y) mencatat keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM158.6 juta bagi suku keempat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (4Q23) berbanding RM136.08 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Hasil  tumbuh sebanyak 7.6 peratus kepada RM1.1 bilion berbanding RM1.06 bilion, dipacu pertumbuhan dalam pertambahan outlet baharu sebanyak 16.8 peratus.

Volum dagangan juga meningkat sebanyak 16.7 peratus seiring perkembangan rangkaian outlet syarikat yang bertambah daripada 1,080 cawangan pada tahun kewangan 2022 kepada 1,255 cawangan pada  31 December 2023.

Bagi tahun kewangan penuh pula, MR D.I.Y merekodkan untung bersih  sebanyak RM560.7 juta, naik 18.5 peratus daripada RM472.9 juta sementara hasil mengembang sebanyak 9.4 peratus kepada RM4.36 bilion berbanding RM3.98 bilion bagi tahun kewangan 2022.

MR D.I.Y mengumumkan dividen sebanyak RM94.4 juta bagi 4Q23 dan bagi pembayaran dividen penuh sebanyak  RM302.1 juta, naik sebanyak  47.9 peratus lebih baik berbanding tahun sebelumnya. 

Mengulas mengenai pencapaian tersebut, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Adrian Ong menerangkan, pihaknya optimis terhadap prospek dan permintaan tinggi daripada pasaran terhadap produk keperluan dalam tempoh ekonomi mencabar yang mana berlakunya peningkatan taraf hidup dan juga inflasi.

“Rangkaian kedai kami yang semakin berkembang akan memudahkan akses kami kepada lebih ramai pelanggan di seluruh negara dan menyokong peranan kami sebagai peruncit pilihan masyarakat untuk memperoleh barangan keperluan harian rumah mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Ong menerangkan, MR D.I.Y. bercadang untuk membuka 180 cawangan baharu pada tahun 2024 dan bakal melebihi 2,000 outlet menjelang tahun 2028. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI