fbpx

FAMA sasar jualan Agro Madani melebihi RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Low Chee Leong menyerahkan barangan yang dijual murah kepada seorang pengunjung selepas merasmikan program Jualan Agro Madani di sebuah pasar raya besar di Bandaraya Melaka.

MELAKA – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka menyasarkan nilai jualan Agro Madani sebanyak RM4 juta tahun ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong berkata, sasaran itu yakin dicapai selepas nilai jualan program itu tahun lalu melepasi sasaran.

Menurutnya, prestasi jualan Agro Madani sehingga 31 Disember lalu nilai jualan yang disasarkan sebanyak RM3.5 juta meningkat kepada RM5.96 juta daripada 304 program yang dijalankan.

Beliau berkata, sebanyak 684,000 isi rumah berjaya memanfaatkan program Jualan Agro Madani sejak dilancarkan pada 16 April 2023.

“Program ini merupakan penjenamaan semula Program Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) yang mendapat kerjasama daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM).

“Sehingga 18hb Februari lalu, kita telah mencapai 61 program iaitu 15 peratus dengan nilai sasaran jualan untuk tahun ini sebanyak RM4 juta.

“Setakat ini kita sudah mencapai nilai jualan RM1.08 juta dan saya yakin sasaran yang diletakan tahun ini mampu dicapai mungkin ia melebihi daripada sasaran tahun lalu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jualan Agro Madani di sebuah pasar raya besar di Bandaraya Melaka semalam yang turut dihadiri Pengarah FAMA Melaka, Nor Azhar Abdul Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI