fbpx

Sri Lanka guna teh bayar hutang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sri Lanka mengeksport bekalan teh bernilai AS$20 juta (RM95.85 juta) ke Iran bagi membayar sebahagian daripada hutang minyaknya. - Ladang Teh Nuwara Eliya

COLOMBO – Sri Lanka menghantar bekalan teh bernilai AS$20 juta (RM95.85 juta) ke Iran bagi membayar sebahagian daripada hutang minyaknya yang mencecah AS$251 juta (RM1.2 bilion).

Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian yang melawat negara muflis itu semalam berkata, pihaknya berpuas hati berhubung perjanjian yang dipersetujui itu. 

“Setakat ini, bekalan teh bernilai AS$20 juta telah dieksport ke Iran di bawah perjanjian perdagangan barter,” ujar kenyataan pejabat Perdana Menteri Sri Lanka, Dinesh Gunawardena selepas pertemuan itu.

Perjanjian teh-untuk-minyak dipersetujui pada Disember 2021, namun eksport itu ditangguhkan susulan krisis ekonomi Sri Lanka yang memaksa bekas presiden, Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan pada Julai 2022.

Perjanjian barter itu membolehkan Iran yang dilanda sekatan mengelak daripada menggunakan mata wang tinggi untuk membayar import teh popular.

Selain itu, perjanjian tersebut membenarkan Sri Lanka membayar hutangnya menggunakan bekalan teh kerana negara itu kekurangan mata wang asing.

Pegawai-pegawai Sri Lanka sebelum ini berkata, perjanjian itu tidak melanggar sekatan Amerika Syarikat (AS) kerana teh adalah makanan dan ia tidak melibatkan bank-bank Iran yang disenarai hitam. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI