fbpx

Hawaii mahu kenakan cukai RM120 setiap pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan kesan kebakaran hutan di Maui, tahun lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Wakil rakyat di Hawaii bercadang memperkenalkan cukai AS$25 (RM120) kepada pelancong bagi menampung kerugian kira-kira AS$16 bilion (RM76.81 bilion) akibat kebakaran hutan di Maui, tahun lalu, lapor portal berita UPI kelmarin.

Cukai itu diperkenalkan dalam rang undang-undang (RUU) yang turut membangkitkan tentang impak bencana tersebut kepada alam sekitar di negeri Hawaii.

Cukai kemasukan itu akan digunakan untuk mengisi Dana Khas Tindakan Alam Sekitar dan Iklim Kesihatan di Jabatan Tanah Hawaii.

“Perubahan iklim dan penggunaan berlebihan meletakkan sumber alam semula jadi dan budaya kita dalam bahaya.

“Semua faktor ini mewujudkan risiko kebakaran yang lebih besar,” demikian menurut RUU tersebut.

Pada 2023, Gabenor Hawaii, Josh Green berkata, beliau akan memperbaharui usaha untuk memastikan cukai iklim diluluskan di negeri itu.

“Pada tahun lalu, usul ini tergendala. Namun, bayangkan bagaimana program tersebut dapat membantu dalam menangani bencana alam seperti yang berlaku di Maui,” katanya.

Cukai itu jika dilaksanakan, akan membolehkan dana berjumlah kira-kira AS$68 juta (RM326.30 juta) dikutip setiap tahun.

Ia akan digunakan untuk memadamkan kebakaran hutan, mencegah banjir, memulihkan terumbu karang dan mengadakan bekalan kecemasan.

Kebakaran hutan di Maui pada Ogos tahun lalu menyebabkan lebih 100 orang terkorban. Ia adalah antara bencana terburuk menimpa AS dalam tempoh lebih satu abad. – AGENSI
.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI