fbpx

Zakat Kedah, JBG bantu 64 asnaf keluar masalah perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norazmi (duduk kanan) dan Mohd Faisal pada Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Golongan asnaf menghadapi masalah perkahwinan dinasihatkan memohon Skim Bantuan Guaman Asnaf yang dijayakan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Menurut Ketua Pengarah JBG, Datuk Norazmi Mohd Narawi, sejak 2021 skim berkenaan berjaya menyelesaikan 64 kes mahkamah syariah melibatkan perceraian seperti fasakh, taklik, hak penjagaan anak dan mutaah.

“Ada asnaf (wanita) gantung tak bertali untuk kes perceraian di sana bila buat projek ini dengan zakat ia jadi jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah mereka. Kalau menggunakan khidmat peguam memerlukan sumber kewangan.

“Banyak yang bertanya apa dia JBG ini, JBG buat apa? Bersama LZNK ini kita jalinkan kerjasama membantu asnaf miskin berkaitan kes perbicaraan di Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Menandatangani Nota Persefahaman dan Pelancaran Program Skim Bantuan Guaman Asnaf di Menara Zakat, di sini hari ini bersama pihak LZNK yang diwakili Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasinya, Dr Mohd Faisal Mustafa.

Dalam pada itu menurut Mohd Faisal, LZNK menyalurkan agihan zakat kepada Akaun Amanah Bantuan Guaman JBG ini sebanyak RM20,000 setahun bermula 2021 untuk digunakan membantu golongan terlibat yang tidak mampu membayar kos pengurusan kes.

“Sehingga 2024, LZNK menyalurkan sebanyak RM60,000 kepada JBG bagi tempoh tiga tahun itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI