fbpx

Ketua Pembangkang ucap takziah pemergian Taib Mahmud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Taib

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, pemergian Allahyarham Abdul Taib merupakan satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

“Saya secara peribadi mengenali dengan dekat Allahyarham dan Tun Pehin Sri merupakan figura serta tokoh pemimpin yang saya sangat hormati.

“Beliau memainkan peranan cukup penting dalam pentadbiran Sarawak dan Malaysia keseluruhannya sehingga memungkinkan Sarawak mencapai kemajuan yang besar pada hari ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Abdul Taib meninggal dunia sekitar jam 4.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI