fbpx

Tun M masih dalam proses pemulihan di IJN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini Dr. Mahathir yang dikongsikan di Facebook rasmi beliau, 20 Februari lepas.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini masih dirawat dan dalam proses pemulihan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi Facebook rasmi beliau hari ini, dimaklumkan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu dimasukkan ke IJN sejak 26 Januari lepas akibat jangkitan.

Terdahulu, tular di platform media sosial memaparkan gambar Dr. Mahathir dalam keadaan nazak sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi daripada orang ramai.

Bagaimanapun, perkara itu telah disahkan sebagai berita palsu.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam berkongsi maklumat di media sosial terutamanya membabitkan berita palsu sedemikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI