fbpx

Puteri UMNO gesa kerajaan kaji isu kewarganegaraan, pinda Perlembagaan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Amal.

PETALING JAYA – Puteri UMNO Malaysia memandang serius isu berkaitan kewarganegaraan bagi seorang anak yang lahir di luar negara dan mempunyai bapa kerakyatan luar negara.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak kerajaan untuk segera menkaji perkara tersebut termasuklah perlaksanaan pindaan Perlembagaan.

Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, gesaan itu selaras dengan manifesto Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.

“Kami bersetuju pindaan Perlembagaan ini perlu dibincang dengan teliti bagi mengekalkan keharmonian serta ketamadunan rakyat Malaysia yang penuh dengan adat serta tinggi Perlembagaan di negara ini,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram rasmi pergerakan itu hari ini.

Isu tersebut mula mendapat perhatian selepas kumpulan hak asasi Persatuan Sokongan Keluarga dan Kebajikan Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam wanita warga Malaysia memfailkan saman pemula pada 18 Disember 2020.

Saman tersebut difailkan bagi menuntut perisytiharan bahawa anak wanita warga Malaysia yang berkahwin dengan pasangan rakyat asing layak memperoleh kewarganegaraan secara automatik walaupun dilahirkan di luar negara.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi memutuskan bayi yang lahir di luar negara oleh ibu warga Malaysia dan pasangan rakyat asing berhak mendapat kerakyatan negara ini secara automatik yang diputuskan pada 9 September 2021.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah pada 5 Ogos lalu apabila Mahkamah Rayuan memutuskan kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warga Malaysia tidak berhak mendapat kerakyatan Malaysia berlandaskan undang-undang negara.

Pada 14 Disember lalu, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada enam ibu warga Malaysia dan Family Frontiers untuk meneruskan rayuan dalam menuntut hak kerakyatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI