fbpx

Azman Adnan dilantik Ketua Pengarah Pendidikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman.

PETALING JAYA – Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan (KPPM) yang baharu.

Menerusi satu kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa hari ini.

Jelas KPM, Azman berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pengajian Melayu daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Kepimpinan dan Kepengetuaan daripada Universiti Malaya (UM).

“Tuan Haji Azman berpengalaman selama lebih 34 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru, sebelum dilantik sebagai guru kanan mata pelajaran, penyelia petang, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan pentadbiran, penolong pengarah jabatan pendidikan negeri dan pengetua sekolah.

“Tuan Haji Azman berpengalaman memimpin institusi pendidikan di pelbagai peringkat termasuk sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Segamat, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor,” kata kenyataan itu, hari ini.

Tambah KPM, pada pada peringkat Pengurusan Tertinggi KPM, Azman berpengalaman menjawat jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional.

Selain itu, beliau juga pernah menyandang jawatan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Pengarah Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian.

Azman kemudiannya dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI