fbpx

Pekerja am wanita maut digilis kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noriza maut dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Pegang di Jalan Kulim-Baling-Gerik di Baling, hari ini.

BALING – Seorang pekerja am kontraktor pembersihan di sebuah sekolah di sini maut selepas digilis sebuah kereta dalam kejadian di Simpang Tiga Kuala Pegang di Jalan Kulim-Baling-Gerik, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.27 pagi itu, mangsa, Noriza Aziz, 39, maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memberitahu, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Vario dan dua kereta jenis Perodua Myvi dan Perodua Kelisa.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika penunggang motosikal dalam perjalanan dari arah rumahnya di Kampung Carok Garok menghala ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, manakala Perodua Myvi datang dari arah Baling menghala ke Kuala Ketil.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, penunggang motosikal telah mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan secara tiba-tiba menyebabkan Perodua Myvi dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan motosikal itu,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kejadian mengakibatkan penunggang motosikal hilang kawalan dan terjatuh di laluan menghala ke arah Kulim sebelum Perodua Kelisa dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar kepala mangsa.

“Wanita terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat. Dua pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI