fbpx

Pakar psikologi bantu Pearly, Thinaah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah akan mendapat bantuan pakar psikologi yang pernah menjadi tunjang kejayaan Chong Wei sebelum ini. – AMIR KHALID

DALAM usaha memastikan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah kembali mencapai prestasi terbaik, Akademi Badminton Malaysia (ABM) mengambil keputusan untuk membawa masuk bekas pakar psikologi ­Institut Sukan Negara (ISN), Frederick Tan.

Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky percaya Frederick yang akan dibawa masuk secara sepenuh masa mampu membantu Pearly-Thinaah serta pemain-pemain lain untuk kembali mendapatkan keyakinan di dalam gelanggang.

Beliau berkata, keputusan itu wajar dibuat berdasarkan aksi longlai ditampilkan skuad wanita negara ketika tewas 0-3 kepada ‘pasukan B’ Indonesia pada suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 di Pusat Konvensyen Setia City, ­Selangor kelmarin.

“Saya fikir (kalah) bukan sebab lawan tahu permainan, tetapi ­lebih kepada permainan negatif. Mereka (Pearly-Thinaah) adalah beregu berpengalaman, namun tidak ada tindakan susulan selepas lakukan smash dan tidak berjaga-jaga di depan ­jaring.

“Saya tahu (peminat) cuba cakap ada masalah antara mereka berdua. Selepas ini, kita akan ada pakar psikologi sepenuh masa dan bekerja keras berhubung perkara ini,” kata pe­ngendali dari Indonesia itu.

Untuk rekod, Frederick boleh dianggap antara individu yang menjadi tunjang kejayaan le­genda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini apabila pernah membantu bekas pemain No. 1 dunia itu bermula 2007 hingga 2012.

Sementara itu, Rexy menggesa semua pihak agar memberikan masa kepada Frederick bagi membantu Pearly-Thinaah serta pemain-pemain program Road to Gold (RTG) yang lain dalam usaha memburu pingat emas pertama di Sukan Olimpik Paris 2024.

“Frederick akan tiba 23 Feb­ruari ini untuk membantu pemain-pemain RTG. Jadi kita perlu beri peluang kepada beliau untuk selaraskan semula pemain dan bantu mereka dapatkan emas pertama Olimpik.

“Tugas kami belum selesai dan perlu bekerja keras, begitu juga pemain. Untuk dapatkan pingat emas, bukan hanya harapkan kemahuan peminat dan jurulatih, tetapi anda sebagai pemain perlu berjuang bagi mendapatkannya,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI