fbpx

Malaysia, Iran jalin kerjasama penyelidikan baka ayam, nanas dan padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Mohamad di laman Facebooknya sewaktu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pertanian Iran.

PETALING JAYA – Malaysia dan Iran akan menjalin kerjasama bagi meneroka penyelidikan berkaitan baka ayam Arian, nanas dan padi.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama terbabit dijalinkan selepas beliau mengadakan sesi perbincangan bersama Timbalan Menteri Pertanian Iran, TYT Dr. Mojtaba Khayam Nekouei.

“Alhamdulillah perbincangan yang amat berjaya dan berhasil di mana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berjaya memperkukuhkan kerjasama penyelidikan bersama dengan negara Iran.

“Delegasi yang diketuai oleh saya turut berjaya mencapai kata sepakat untuk meneroka dan memulakan gerak kerja penyelidikan berkaitan dengan baka Ayam Arian, nanas dan padi,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, ketiga-tiga kerjasama ini adalah selari dengan fokus KPKM 2024 pada Majlis Amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Januari lalu.

Pada majlis itu katanya, beliau telah menggariskan empat fokus utama Kementerian tahun ini iaitu industri ayam dan telur, industri padi, industri nanas dan industri bawang.

“Perbincangan bersama Timbalan Menteri Pertanian Iran telah membuka jalan dan insya-Allah ia mampu dilaksanakan untuk manfaat rakyat dan negara Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI