fbpx

Kecoh biawak gergasi masuk tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biawak itu bersembunyi di dalam tandas di dalam bilik sewa pasangan tersebut. - Sanook

BANGKOK – Seekor biawak mencetuskan kekecohan apabila merangkak masuk ke dalam tandas sebuah bilik sewa di wilayah Chachoengsao, Thailand, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Penghuninya, Prasitthichok menghubungi pasukan penyelamat selepas reptilia bersaiz lebih 2 meter panjang itu masuk ke dalam tandas.

Menurut Prasitthichok, dia pada awalnya mengetuk pintu bilik sewanya sebelum ia dibuka oleh teman wanitanya. 

Ketika hendak masuk, biawak itu merangkak ke dalam bilik sewa mereka sehingga menyebabkan teman wanitanya melarikan diri. Ia kemudian bersembunyi di dalam tandas. 

Anggota penyelamat kemudian dipanggil ke bilik sewa di Pasar Bang Khla, daerah Bang Pakong itu. 

Sejurus tiba, mereka menggunakan tali untuk mengikat biawak tersebut sebelum melepaskannya ke dalam hutan berhampiran sebuah terusan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI