fbpx

Nabila Razali, ambil saja dunia ini! – Netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT romantis Nabila dan suami kini dicemburui ramai.

NAMA Nabila Razali sekali lagi menjadi bahan bualan netizen dalam TikTok apabila membuat ‘onar’ dengan suami tercinta dalam sebuah video.

Bukan video tidak senonoh sebaliknya Nabila hanya menerima ciuman spontan daripada suaminya iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Difahamkan, Nabila juga tidak menyangka dicium suaminya pada bahagian pipi dalam video tersebut sehingga mencetuskan rasa cemburu dalam kalangan netizen.

“Jom semua wanita yang masih solo, kita berada di lokasi yang salah.

“Okey Nabila dan suami ambil saja bumi ini. Memang milik anda berdua sahaja,” seloroh segelintir netizen.

Meskipun begitu, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihat penyanyi kegemaran mereka bahagia di samping insan tersayang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI