fbpx

Atikah Suhaime enggan jadi datin ‘goyang kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH SUHAIME

PETALING JAYA – Pelakon Datin Atikah Suhaime mengakui pernah terfikir untuk memiliki kehidupan sebagai suri rumah sepenuh masa seperti golongan wanita berstatus datin sepertinya.

Selepas mempertimbangkan banyak perkara, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33 bagaimanapun menegaskan kehidupan sebegitu tidak sesuai dengan dirinya yang mementingkan kerjaya.

“Pada mulanya, memang saya pernah terfikir untuk duduk rumah dengan gelaran datin tetapi sebenarnya saya tak sesuai dengan perkara sebegitu.

“Sebab saya jenis sentiasa nak bekerja. Saya tidak kisah pun dengan kehidupan begini dan bagi saya, semua wanita boleh berjaya dalam apa jua mereka lakukan tak kiralah sebagai suri rumah atau apa sahaja kerjaya,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Tambah artis kelahiran Singapura itu, dia juga tidak menafikan pernah menjadikan faktor kekayaan sebelum berkahwin namun semua pemikiran tersebut berubah selepas mendirikan rumah tangga.

“Ya, pada awalnya memang fikir tentang harta benda tetapi lama-kelamaan selepas mengenali lebih mendalam, semuanya berubah, tanpa harta pun saya boleh hidup dengan dia.

“Walaupun tiada kemewahan saya boleh hidup dengan dia dan itu saya sudah tanya diri sendiri pun,” tuturnya.

Ditanya mengenai gelaran datin yang dipegang, Atikah berkata akan melakukan pelbagai perkara untuk masyarakat bagi memastikan status tersebut layak untuk dimilikinya.

“Datin adalah satu gelaran yang terhormat dan saya masih banyak kekurangan untuk memilikinya.

“Jadi, apabila sudah dapat gelaran itu, mungkin saya pelu lakukan sesuatu untuk menjadikannya lebih bermakna seperti banyak menderma atau beri sesuatu kepada masyarakat.

“Kalau dari aspek bisnes, mungkin boleh jual sesuatu dengan harga mampu milik supaya semua boleh membelinya,” ujarnya.

Terdahulu, Atikah selamat mendirikan rumah tangga dengan Lukman yang merupakan ahli perniagaan dalam satu majlis tertutup di Cornerstone IPC, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Atikah, Mohd. Suhaime Mohd Jamali dan Lokman menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 buat isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI