fbpx

Amaran ribut petir kekal di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) kekal mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan negeri Sarawak sejak beberapa hari lalu.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, ia susulan jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang bakal melanda Sri Aman serta Kapit (Song) sehingga pukul 7 malam nanti.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI