fbpx

Perlawanan bola keranjang tertangguh, pemain terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain-pemain FDU terperangkap di dalam lif selamat 15 minit. - X

BANDAR RAYA NEW YORK – Pasukan bola keranjang lelaki Universiti Fairleigh Dickinson (FDU) mengalami detik sukar menjelang perlawanan menentang pasukan dari Universiti Long Island semalam.

Akhbar New York Post melaporkan, perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selepas beberapa pemain FDU terperangkap dalam lif di Pusat Kesihatan Steinberg, Brooklyn ketika keluar dari bilik persalinan menuju ke gelanggang.

Mereka terperangkap di dalam lif dan berada dalam kepanasan selama 15 minit sebelum diselamatkan. 

Pembantu khas kepada pengarah olahraga FDU, Jordan Sarnoff memaklumkan bahawa lif itu tersangkut ketika kejadian.

Perlawanan terpaksa ditangguhkan selama kira-kira 17 minit sebelum kesemua pemain berjaya diselamatkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI