fbpx

Majlis kahwin bertukar gelanggang ‘wrestling’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pergaduhan itu berlaku di bandar Lucknow. - Munsif Daily

NEW DELHI – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan situasi pergaduhan ganas antara tetamu sebuah majlis perkahwinan yang berlaku di bandar Lucknow, India, lapor laman berita Ary News semalam.

Situasi bertukar kecoh apabila beberapa tetamu majlis perkahwinan itu bertumbuk dan membaling kerusi antara satu sama lain.

Tiga tetamu dilaporkan cedera di kepala dalam pergaduhan itu. 

Keadaan dijangka menjadi lebih teruk sekiranya seorang wanita tidak menghentikan pergaduhan tersebut.

Polis tiba di lokasi kejadian dan membawa tetamu yang terlibat ke balai untuk siasatan lanjut. 

Bagaimanapun, tiada aduan mahupun tangkapan dibuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI