fbpx

Amerika berdepan ancaman keselamatan serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENDERA Amerika Syarikat berkibar di luar bangunan Capitol di Washington, DC. - AFP

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman keselamatan baharu dan serius, selepas dua laporan media tempatan mendakwa ia berkaitan dengan cubaan Russia untuk membina keupayaan senjata nuklear berasaskan angkasa lepas.

Beberapa pegawai kanan Washington bagaimanapun menegaskan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai isu tersebut, namun enggan mengulas lanjut.

Sebelum itu, saluran berita ABC News dan akhbar The New York Times melaporkan kenyataan beberapa pegawai yang mendakwa Russia sedang cuba menempatkan senjata antisatelit berkuasa nuklear di angkasa.

Senjata sedemikian boleh menimbulkan bahaya besar kepada satelit AS yang menghantar berbilion-bilion bit data sejam.

Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan Perwakilan AS, Michael Turner kemudian mengeluarkan kenyataan susulan yang merujuk kepada ancaman keselamatan negara yang serius.

“Saya meminta Presiden (Joe) Biden agar membenarkan maklumat berkaitan ancaman ini dikategorikan sebagai ‘bukan sulit’.

“Ia bertujuan supaya Kongres AS dan pentadbiran boleh membincangkan secara terbuka mengenai tindakan yang perlu dilakukan untuk bertindak balas,” katanya.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Perwakilan, Mike Johnson dari Parti Republikan mengumumkan bahawa orang awam tidak perlu panik mengenai dakwan itu kerana ia tidak mengancam keselamatan secara serius. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI