fbpx

12 peratus rakyat Malaysia beranggapan mereka kaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tinjauan Persepsi Kekayaan HLB menemukan 12 peratus rakyat Malaysia melihat diri mereka sebagai kaya. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Hanya 12 peratus rakyat Malaysia memiliki tanggapan bahawa diri mereka adalah kaya, berdasarkan Tinjauan Persepsi Kekayaan yang dilaksanakan oleh Hong Leong Bank Berhad (HLB) baru-baru ini, melibatkan lebih 1,000 responden tempatan berumur antara 18-77 tahun.

Pada masa sama, 79 peratus responden mengaku bahawa mereka tidak mempunyai pelan kewangan berdokumen, sebahagian besarnya disebabkan andaian bahawa mereka tidak mempunyai dana mencukupi untuk memulakan satu pelan pengurusan kekayaan secara rasmi.

Daripada 327 responden yang menyatakan ada membuat pelaburan, 57 peratus berkata mereka melabur dalam saham, diikuti rapat oleh 56 peratus yang memperuntukkan dana untuk skim ASB/ASM dan 54 peratus yang terlibat dalam pelaburan emas.

Selain itu, 44 peratus responden memilih deposit tetap sebagai pendekatan pelaburan utama mereka.

Tinjauan berkenaan turut menggariskan trend ketara pelaburan kendiri dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 83 peratus daripada mereka yang melabur memilih untuk menguruskan pelaburan mereka sendiri, tanpa mendapatkan input daripada penasihat kewangan profesional.

Dalam merangka pelan kewangan, hampir separuh responden (49 peratus) mendapatkan nasihat kewangan daripada media sosial, peratusan sama dengan mereka yang bergantung kepada input daripada ahli keluarga.

Kwok Wai

Pengarah Urusan Pengurusan Kekayaan Serantau HLB, Hor Kwok Wai, peratusan tinggi dalam pelabur kendiri menunjukkan orang ramai semakin gemar untuk terlibat secara langsung dalam perancangan kewangan dan strategi pelaburan mereka.

“Oleh itu, terdapat keperluan untuk institusi kewangan seperti HLB menyediakan sumber dan sokongan yang teguh untuk memperkasa dan mendidik pelabur dalam membuat pilihan pelaburan yang termaklum dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI