fbpx

The Vesta Residences, kediaman mercu tanda di Setiawangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
The Vesta Residences terletak pada jarak lima kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur.

LOKASI, lokasi dan lokasi. Itu merupakan tiga faktor utama dalam pemilihan kediaman.

Pakar hartanah bersependapat untuk sebuah lokasi kediaman yang strategik di Lembah Klang, ia perlu terletak berdekatan kemudahan pengangkutan awam terutamanya stesen LRT atau MRT, selain dihubungkan dengan baik kepada sistem jalan raya utama.

Kedudukan berhampiran pusat bandar juga mampu memberi lonjakan kepada nilai sesebuah hartanah dan dari kesemua sudut ini, The Vesta Residences @ SkySierra, Setiawangsa oleh pemaju bandar terkemuka, SkyWorld memberikan nilai yang sukar ditandingi.

Terletak pada jarak hanya enam kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, The Vesta Residences merupakan komponen kediaman terakhir di kawasan pembangunan bercampur SkySierra di tengah-tengah Setiawangsa, Kuala Lumpur, dengan luas keseluruhan 13.6 ekar.

The Vesta Residences dihubungkan dengan baik kepada rangkaian jalan raya utama.

Ia dikelilingi kemudahan pengangkutan awam termasuk Stesen LRT Setiawangsa pada jarak 1.5km, LRT Jelatek (2.5km) dan LRT Dato’ Keramat (2.7km), manakala terdapat cadangan pembinaan sebuah stesen MRT baharu, iaitu MRT AU 2 dalam julat perjalanan berjalan kaki.

Bagi yang lebih selesa menggunakan kenderaan sendiri, pembangunan kondominium ini memiliki akses mudah kepada jalan raya utama termasuk Lebuhraya Duta Ulu Klang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE).

Selain ketersambungan yang baik, lokasi The Vesta Residences juga dilengkapi kemudahan asas utama seperti sekolah, pusat penjagaan kesihatan, pusat beli-belah serta taman rekreasi yang merupakan pra syarat penting bagi sebuah kediaman yang sempurna.

The Vesta Residences, satu komponen kediaman terakhir di SkySierra, Setiawangsa.

Terdapat lapan buah sekolah termasuk sekolah rendah, menengah serta sekolah antarabangsa dalam jarak kurang lima kilometer, manakala Gleneagles Medical Centre hanya 3.6km dan HSC Medical Centre 4.5km.

Selain itu, AEON Mall AU2 terletak pada jarak hanya 100m, Giant Supermarket Setiawangsa (450m) dan Taman Tasik Datuk Keramat dipisahkan jarak hanya 3.5km.

 

Nilai jualan unik

The Vesta Residences @ SkySierra, Setiawangsa memiliki 1,001 unit suite kediaman di dua Menara 44 tingkat atas tapak seluas 2.8 ekar, dengan tiga jenis unit untuk dipilih pada saiz bermula 715 kaki persegi hingga 1,125 kaki persegi dan dijangka siap pada suku tahun pertama 2027.

Meskipun dikelilingi pelbagai kemudahan awam, kondominium ini turut menyediakan fasiliti lengkap bertaraf resort yang membolehkan penghuninya menghabiskan masa untuk bersantai bersama keluarga tanpa perlu keluar dari ruang kediaman sendiri.

The Vesta Residences menggunakan reka bentuk moden yang menjimatkan penggunaan ruang.

Kemudahan di The Vesta Residences direka supaya mempunyai pertalian unik dengan alam semula jadi, contohnya kolam renang infiniti, taman permainan menyeronokkan, ruang hammock dan Sky Gazing Lawn serta Sky Pods yang membolehkan penghuninya bersantai sambil menikmati keindahan latar langit Kuala Lumpur.

Turut disediakan ialah kemudahan umum bersifat kontemporari seperti bilik hiburan keluarga, bilik permainan video, Sky Gymnasium dan ruang kerja bersama.

Pada masa sama, terdapat juga ciri-ciri kemudahan inovatif seperti sistem pengumpulan sisa automatik di setiap lantai serta tapak pengecasan kenderaan elektrik bagi kemudahan dan keselesaan jangka panjang, bertepatan dengan pensijilan QLASSIC dan Green RE.

Kolam renang infiniti buat penghuni berehat sambil beriadah.

Pembangunan hijau dan lestari

SkyWorld membangunkan The Vesta Residences dengan pematuhan syarat-syarat kualiti pembinaan tertinggi, selain turut menekankan ciri-ciri pembangunan hijau dengan penggunaan sistem pengumpulan air hujan bagi tujuan pengairan lanskap dan kegunaan tandas awam, selain reka bentuk bangunan dengan pengudaraan silang di lobi dan koridor yang mengurangkan penggunaan elektrik.

Kemudahan Sky Pods di tingkat atas membolehkan penghuni bersantai sambil menikmati keindahan latar langit Kuala Lumpur.

Ia juga menyediakan 1.5 ekar lanskap hijau bagi sistem ekologi lebih baik, manakala pembinaannya menggunakan bahan IBS bagi mengurangkan pembaziran, selain aplikasi lapisan penebat haba pada bumbung dan cat pemantul cahaya matahari pada bahagian dinding luar untuk mengurangkan haba.

Usaha kemampanan ini tidak hanya bakal memberikan kualiti lebih baik, malah memberikan penjimatan buat pemilik dalam tempoh jangka masa panjang.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai The Vesta Residences boleh menghubungi talian 03-9212 0457 atau melayari laman web https://bit.ly/KOSMOSKYWORLD. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI