fbpx

Semua prosiding kes AMLA Muhyiddin digantung sementara tunggu rayuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Semua prosiding melibatkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ditangguhkan sepenuhnya oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan pihak pendakwaan sementara menunggu pelupusan rayuan terhadap pembebasan beliau daripada empat pertuduhan rasuah.

Rayuan itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan selama dua hari iaitu pada 28 dan 29 Februari ini.

Azura membenarkan permohonan pihak pendakwaan selepas berpuas hati wujud situasi yang memungkinkan satu keputusan penting dicapai (di Mahkamah Rayuan) berkaitan kes tersebut.

Ujar beliau, penggantungan itu wajar demi keadilan semua pihak bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap prosiding di Mahkamah Sesyen.

“Memandangkan ada permohonan-permohonan lain difailkan di mahkamah ini, saya tangguhkan semua prosiding,” ujarnya.

Azura kemudian menetapkan 4 Mac ini sebagai sebutan bagi memaklumkan perkembangan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Selain permohonan penangguhan, mahkamah sepatutnya mendengar permohonan bekas Perdana Menteri untuk mengugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Hakim berkenaan juga dijadualkan mendengar bantahan awal pihak mendakwaan terhadap permohonan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI