fbpx

Manchester United kelab termahal Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY menjadi antara pemain termahal dibelanjakan oleh United ketika membelinya daripada Ajax sebelum ini. - AFP

LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mendedahkan Manchester United mempunyai skuad termahal di Eropah bagi saingan musim lalu dengan keseluruhan bernilai €1.42 bilion (RM7.29 bilion).

Menurut laporan kolektif kewangan akhir tahun United, jumlah tersebut secara tidak langsung memecahkan rekod termahal Eropah yang sebelum ini dipegang oleh Real Madrid iaitu €1.33 bilion (RM6.82 juta) pada 2020.

Nilai itu termasuk jumlah £85.5 juta (RM438.75 juta) dibelanjakan membeli Antony, £80 juta (RM410.52 juta) Harry Maguire, £73 juta (RM374.60 juta) Jadon Sancho dan £60 juta (RM307.89 juta) Casemiro.

Ia belum meliputi bayaran untuk mendapatkan pemain-pemain baharu musim ini seperti Mason Mount, Andre Onana dan Rasmus Hojlund.

Seteru setempat, Manchester City pula di tangga kedua pada musim itu dengan nilai skuad berjumlah €1.28 bilion (RM6.57 bilion).

Laporan UEFA turut mendedahkan pasukan-pasukan yang memperoleh keuntungan tertinggai bagi tahun itu seperti Real Madrid €841 juta (RM4.31 bilion), Manchester City €836 juta (RM4.28 bilion), Barcelona €815 juta (RM4.18 bilion) dan Paris Saint-Germain €807 juta (RM4.14 bilion). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI