fbpx

Jasad pembantu juruterbang terhempas selamat disemadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VAN yang membawa mendiang Roshaan Singh Raina tiba di Krematorium Hindu untuk upacara pembayaran di Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Jasad pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, kelmarin selamat disemadi menerusi upacara pembakaran di Krematorium Hindu di Jalan Kebun Teh, di sini.

Jasad mendiang Roshaan Singh Raina, 43, dibawa ke pusat itu daripada kediaman keluarganya di Sunway Bukit Lenang, di sini, selepas selesai majlis penghormatan terakhir yang diadakan secara tertutup bermula pukul 10 pagi.

Upacara itu dihadiri seramai kira-kira 100 pengunjung terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang daripada pelbagai bangsa.

Roshaan dan juruterbang pesawat itu, Daniel Yee Hsiang Khoon, 31, ditemukan maut dalam insiden kemalangan pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas, dua hari lepas.

Kedua-dua mangsa terbenam bersama bahagian kokpit pesawat itu yang terhempas di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian pukul 1.45 petang berkenaan.

Difahamkan, pesawat yang dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1.28 tengah hari untuk satu penerbangan rekreasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI