fbpx

[VIDEO] Peti sejuk, tandas balai Tambun pun KPN periksa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar lawatan Razarudin di Balai Tambun semalam.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain melakukan lawatan mengejut ke atas anggota dan pegawai di Balai Polis Tambun, Ipoh, semalam.

Razarudin menerusi hantaran di TikTok berkata, tindakan itu dibuat selepas beliau melakukan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di Ipoh.

Dalam video berdurasi tiga minit 28 saat itu, beliau yang mengenakan baju Melayu putih memantau kawasan sekitar dan operasi harian warga PDRM.

Razarudin juga tidak terlepas memeriksa peti sejuk dan memastikan kemudahan seperti tandas di balai berkenaan berfungsi dengan baik.

Beliau turut mengambil peluang berkomunikasi menggunakan ‘walkie-talkie’ seterusnya menyampaikan amanat penting kepada anggotanya.

“Sebagai penyelia, jalankan tugas serta tanggungjawab. Mana-mana petugas di lapangan, sekiranya menahan atau memeriksa mana-mana orang, perlu lapor kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC).

“Saya minta penyelia yang ada untuk mendengar sekiranya perlu untuk membantu atau diperiksa di lapangan

“Saya minta petugas di lapangan untuk bekerja dengan ikhlas, jaga diri, keselamatan dan jaga kesejahteraan masyarakat,” pesan beliau.

Selain menzahirkan penghargaan kepada semua petugas di lapangan, beliau juga berharap mereka meneruskan usaha cemerlang demi agama, bangsa dan negara.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Razarudin telah melawat DCC Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kajang, Selangor seterusnya, lbu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan. -KOSMO! ONLINE.

@igrazor Tiba di Kontinjen Perak semalam untuk lawatan kerja rasmi, saya meneruskan tinjaun ke Balai Polis Tambun yang terletak di Ipoh, Perak. Peluang dapat bertemu dan bertegur sapa dengan pegawai dan anggota bertugas di lapangan merupakan satu usaha berterusan yang akan saya lakukan untuk memelihara imej Pasukan disayangi ini. Penghargaan saya buat semua petugas di lapangan. Teruskan usaha yang cemerlang untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara. #igrazor #polisdirajamalaysia #pdrm #fyp ♬ original sound – Tan Sri Razarudin Husain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI