fbpx

KEB 2024 terbuka kepada semua tanpa kira perbezaan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid pada sidang akhbar selepas Majlis Prapeluncuran Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang bakal berlangsung pada 29 Februari depan terbuka kepada semua kaum Bumiputera termasuk dari Sabah, Sarawak dan Orang Asli tanpa mengira perbezaan fahaman politik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, program yang bakal disertai hampir 3,000 peserta itu bukan sahaja melibatkan Dewan Perniagaan Melayu, namun turut disertai kaun Orang Asli, Iban, Kadasan Dusun dan Dayak.

Katanya, pihaknya mengambil pendekatan ‘buta warna’ menerusi penganjuran KEB 2024 di mana penyertaannya terbuka kepaada semua termasuk parti pembangkang.

“Penglibatah mereka (Dewan Perniagaan) untuk mengetahui kluster Sabah dan Sarawak bagi meneliti beberapa perincian dan juga program yang disaran sebagai komponen penting dalam pelaksanaan KEB 2024.

“KEB 2024 juga akan menggali beberapa aspek teknologi dan peluang baharu dalam bidang yang belum terjangkau di negara ini.

“Kita akan melihat unjuran 10 hingga 20 tahun akan datang dan dibincangkan di peringkat institusi dan agensi diwujudkan sejak pelaksanaan kongres pertama pada 1965,” katanya pada Majlis PraPeluncuran KEB2024 di Bangunan Perdana Putra di sini tadi.

Majlis pra peluncuran itu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tambah Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,resolusi dicapai di dalam kongres itu akan dikemukakan kepada Anwar pada sesi penutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI