fbpx

Jasmine Loo tidak pernah masuk rumah Najib, hanya beri dokumen pada Jho Low di pintu pagar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jasmine Loo

KUALA LUMPUR – Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu bahawa dia tidak pernah memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghantar sebarang dokumen.

Saksi pendakwaan ke- 51 ini berkata, setiap kali mahu menyerahkan dokumen kepada Najib ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan menunggunya di pintu kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.

Menurutnya, salah satu kejadian ialah pada tahun 2012 dan 2013, apabila Jho Low mengarahkannya supaya dokumen pemegang saham keutamaan 1MDB dan Minit Wakil Syarikat Induk (SSRP & MR) memberikan secara serahan tangan sendiri.

“Dalam tahun 2012 dan 2013, dokumen yang saya sediakan iaitu SRRP (pemegang saham utama 1MDB) & MR (minit wakil syarikat induk) akan dicetak dan dimasukkan ke dalam sebuah folder plastik dan saya akan memberikannya kepada Jho Low secara serahan tangan sendiri di mana-mana yang diarahkan oleh Jho Low termasuk di pintu kediaman Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Kuala Lumpur.

“Sekiranya tidak, saya akan memberi plastik folder tersebut kepada mana-mana individu yang diarahkan oleh Jho Low dan individu itu akan menyerahkannya kepada Jho Low untuk memperolehi tandatangan Datuk Seri Najib Razak. Selepas sahaja Jho Low memperolehi tandatangan Datuk Seri Najib Razak, Jho Low akan menyerahkan SSRP & MR kepada saya sendiri atau kepada mana-mana individu untuk diberikan kepada saya.

“Sekiranya ia tidak serahkan kepada saya, Jho Low akan menghantar pesanan kepada saya melalui Blackberry Messenger (BBM) untuk memastikan dokumen ini diserahkan kepada pejabat 1MDB untuk tindakan selanjutnya,” ujar wanita itu ketika membaca penyataan saksinya.

Pada September 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika memberi keterangan pada perbicaraan tersebut menyatakan, Jho Low dilihat rapat dengan Najib, mengetahui selok belok rumah bekas Presiden UMNO itu malah dilihat bersahaja meminta milo ais daripada pembantu rumah Najib.

Jasmine Loo berkata demikian ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes Najib, 71, yang menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.28 ­bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah sama.

Pada ketika ini, beliau masih sedang membacakan penyataan saksinya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI