fbpx

F1: Alonso calon ‘menarik’ ganti Hamilton

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO (kiri) menafikan dakwaan dia mengadakan perbincangan dengan Mercedes berhubung prospek menggantikan Hamilton musim depan. – ASTON MARTIN F1 TEAM

LONDON – Bekas juara dunia Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso menepis dakwaan beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Mercedes untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Lewis Hamilton musim depan.

Bagaimanapun, pelumba berusia 42 tahun itu tanpa berselindung mengakui, dia adalah calon yang ‘menarik’ untuk mengisi kekosongan tersebut selepas Hamilton, 39, memilih menyertai Ferrari tahun depan.

“Saya sedar situasi saya ketika ini sangat unik. Ketika ini ada tiga juara dunia di atas grid dan hanya saya seorang yang bebas tanpa kontrak dengan mana-mana pasukan untuk 2025.

“Buat masa ini saya tidak tahu apa-apa mengenai perpindahan menyertai Mercedes. Saya tahu pasaran saya sedang meningkat ketika ini, tetapi apa yang pasti ia tidak akan menjejaskan persiapan untuk mengharungi musim baharu.

“Jika saya mahu terus berlumba, perkara paling utama yang perlu saya lakukan adalah berjaya bersama Aston Martin. Saya percaya dengan projek hebat bersama pasukan ini,” kata Alonso yang pernah bergelar juara dunia bersama Renault pada 2004 dan 2005.

Dalam masa sama, Alonso menyifatkan Hamilton membuat keputusan tepat untuk berhijrah ke Ferrari dan di­jangka dapat membantu pasukan itu bergelar juara dunia musim depan.

Menurut Alonso, bakat yang ada pada Hamilton tidak boleh dipertikaikan selepas muncul juara dunia tujuh kali sebelum ini selain dijangka meletup apabila bergabung dengan jentera padu yang dibekalkan oleh ­Ferrari nanti.

“Kita boleh lihat sejak beberapa musim lepas, jentera Ferrari cukup konsisten dan memberi bayangan bahawa mereka boleh bersaing di pe­ringkat tertinggi bersama pasukan elit yang lain.

“Mungkin tahun depan mereka akan tampil dengan pendekatan berbeza apabila tibanya Hamilton dan saya tidak terkejut andai pasukan itu mampu untuk mencabar kejuaraan ­dunia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI