fbpx

Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award 2024 milik Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Aina Abdul terus melakar sejarah apabila terpilih sebagai penerima Anugerah Diva Terulung.

PETALING JAYA – Terus melakar sejarah dalam industri muzik tanah air, penyanyi Aina Abdul sekali lagi membawa pulang trofi apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Diva Terulung pada KNKV Viral Award 2024.

Menerusi pengumuman dalam Instagram rasmi KNKV Group, keputusan tersebut dibuat selepas juri khas sebulat suara memilih pemilik nama lengkap Nurul Aina Abdul Ghani, 31, sebagai pemenang kategori tersebut.

“Tahniah! Panel juri khas sebulat suara mengumumkan pemenang bagi trofi Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award 2024 adalah milik Aina Abdul.

“Hampir sedekad, Aina Abdul telah memukau peminat dengan persembahan yang memikat jiwa, lagu-lagu mempesonakan dan lirik puitis mendalam.

“Di samping kecemerlangan muzikal, Aina Abdul telah terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL penstriman digital, Spotify pada Mac 2022.

Paling penting kata KNKV, deretan lagu Inggeris ciptaan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL37) itu juga menjadi permintaan di stesen radio baik dalam mahupun luar negara.

“Single bahasa Inggeris Aina Abdul bertajuk ‘Fool’ yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun,” kongsinya.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan penganugerahan tersebut selain menyifatkan pelantun lagu Jangan Mati Rasa Itu itu selayaknya menang.

“Mega Aina, selayaknya dipilih juri, bukan sahaja pandai menyanyi tetapi bijak buat lagu, dengan kejayaannya dalam industri muzik, memang dia selayaknya diberi anugerah tersebut,” komen netizen itu.

“Tahniah Aina, teruskan menjamu telinga rakyat Malaysia dengan muzik dan suara berkualitim kita sudah tidak ramai penyanyi berkualiti seperti awak,” demikian komen seorang lagi netizen.

KNKV Viral Award 2024 adalah pengiktirafan kepada Pempengaruh (Influencer), Pencipta Kandungan (Content Creator), Platform Tular (Viral Page) dan Saluran Tular (Viral Channel) terulung di Malaysia.

Acara kemuncak KNKV Viral Award 2024 bakal berlangsung pada 20 Februari ini di Zepp Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI