fbpx

18,792 guru baharu dilantik tahun 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik seramai 18,792 guru baharu pada 2023 di mana sejumlah 9,155 orang guru ditempatkan di sekolah rendah, manakala seramai 9,637 orang guru di sekolah menengah.

KPM dalam satu kenyataan berkata, lonjakan penambahan bilangan guru itu merupakan komitmen besar Kerajaan Madani dalam memperkukuh agenda reformasi pendidikan selain memartabatkan kualiti pendidikan negara.

“KPM juga sentiasa bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan isu kekurangan guru di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diatasi.

“Sinergi kerjasama strategik kedua-dua pihak cukup signifikan dalam memastikan unjuran guru memenuhi keperluan semasa,” katanya di sini tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, pengambilan seramai 6,315 orang graduan bukan pendidikan sebagai
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara Contract of Service (COS) juga merupakan cerminan komitmen kerajaan.

Katanya, ia bagi memastikan unjuran keperluan dan penempatan guru di sekolah dipenuhi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI