fbpx

[VIDEO] Polis ‘escort’ wanita sesak nafas ke hospital dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi di Facebook Siti Nurhanizan.

PETALING JAYA – Tindakan anggota polis membantu mengiring sebuah kenderaan yang salah seorang penumpangnya sedang mengalami sesak nafas mendapat pujian orang ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsi oleh pesakit terbabit di Facebook Siti Nurhanizan mendapati, kejadian itu berlaku semasa dia bersama ahli keluarganya sedang menuju ke Singapura untuk bercuti.

Menurut Siti Nurhanizan, dia tiba-tiba mengalami sesak nafas semasa menempuh kesesakan lalu lintas menuju ke Singapura.

“Cuti Tahun Baharu Cina terpaksa dibatalkan untuk berjalan dengan suami ke Singapura kerana sesak nafas tiba-tiba.

“Dengan izin Allah dibantu oleh insan-insan baik daripada polis baju putih yang sedang jaga jalan. Ingat balik keadaan suami yang tergesa-gesa berlari jumpa abang polis minta bantuan,” katanya.

Siti Nurhazian berkata, situasi itu sempat dirakam oleh sepupunya yang turut berada di dalam kenderaan berkenaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada Allah SWT dan pihak polis baju putih yang banyak membantu saya dan suami sehingga sampai hospital. Terima kasih,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas anggota polis tersebut.

“Alhamdulillah, terbaik anggota. Semoga dipermudahkan segala urusan,” kata aidil.

“Ramai saja polis dan penguat kuasa yang baik. Tapi bila ada yang buat hal, ketaralah perkara itu,” kata Khairudin.

“Polis yang baik begini memang wajar dipuji. Tahniah diucapkan kerana pantas membantu,” kata Noor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI