fbpx

Tun M terima rawatan di IJN akibat jangkitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahathir

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang menerima rawatan akibat jangkitan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menurut jurucakap beliau, Mahathir juga akan berehat untuk satu tempoh masa bagi proses pemulihan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan perbicaraan kes saman Mahathir terhadap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung kenyataan berbaur fitnah isu ‘kutty’ yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan ke 19 Julai kerana bekas Perdana Menteri itu kurang sihat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Mahathir selaku plaintif ketika ditemui selepas prosiding kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI