fbpx

Warga emas cedera diragut depan restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian ragut babitkan wanita warga emas di hadapan sebuah restoran, Taman Muda, Ampang Jaya, kelmarin.

AMPANG JAYA – Wanita warga emas cedera di leher dan patah tangan kanan selepas rantai lehernya ditarik peragut di hadapan sebuah restoran di Taman Muda, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian sekitar pukul 5 petang itu membabitkan seorang wanita berusia 72 tahun ketika dalam perjalanan membeli barang di sebuah kedai berhampiran lokasi kejadian.

“Ketika mangsa dalam perjalanan, seorang lelaki tempatan datang dengan menaiki motosikal dan nombor pendaftaran tidak pasti meragut seutas rantai emas leher milik mangsa dari arah belakang lalu melarikan diri.

“Akibat daripada kejadian ragut itu, mangsa telah cedera di leher belakang dan patah tangan kanan kerana terjatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Azam, kes disiasat bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu rompakan menyebabkan cedera.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang atau mana-mana balai polis yang berhampiran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI