fbpx

Dua rumah di Kampung Baru Nilai musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran yang berlaku di Kampung Baru Nilai, Nilai, Seremban, petang tadi.- Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL./ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang ibu tunggal ditimpa dugaan berat dalam menyambut Tahun Baharu Cina apabila rumah pusaka yang didiaminya hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran di Kampung Baru Nilai, petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu, kebakaran tersebut mengakibatkan dua buah rumah separuh kekal serta sebuah tokong musnah.

Menurut mangsa, Lee Siow Wing, 58, dia tinggal berseorangan di rumah dan berada di dalam bilik tidur utama ketika insiden berkenaan berlaku.

“Pada mulanya, saya terhidu bau asap dari arah ruang tamu sebelum saya keluar dari rumah dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Saya tidak dapat selamatkan barang-barang penting seperti dokumen rumah, kad pengenalan dan juga telefon bimbit. Duit raya pemberian anak sebanyak RM800 pun saya tidak dapat selamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Bakarya Mohd. Salleh berkata, kebakaran melibatkan tiga buah rumah separuh kekal di mana rumah pertama dan rumah kedua musnah 100 peratus.

“Sebuah rumah lagi terbakar lebih kurang 20 peratus dan sebuah jentera berat (80 peratus) selain dua buah kereta Proton Saga musnah dijilat api,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata Bakarya, hasil tindakan pantas pegawai dan anggota bomba yang bertugas, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh 45 minit.

“Kerja-kerja ‘overhaul’ (baik pulih) sedang dijalankan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” tambah Bakarya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI