fbpx

Serangan Amerika bunuh 17 pejuang Houthi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan ditutupi kain hijau membawa keranda jenazah dipandu berhampiran masjid Al-Saleh semasa upacara pengebumian di Sanaa semalam. - AFP

SANAA, Yemen – Seramai 17 pemberontak Houthi terbunuh akibat serangan tentera Amerika Syarikat (AS), kata kumpulan disokong Iran itu menerusi media rasminya selepas majlis pengebumian di bandar Sanaa.

“Jenazah beberapa syuhada dan pasukan bersenjata serta keselamatan yang terkorban akibat pengeboman AS-Britain dibawa dalam satu perarakan di Sanaa hari ini (semalam) ,” kata media rasmi Houthi.

Washington mengesahkan tenteranya menyerang pelancar peluru berpandu milik Houthi yang sebelum ini digunakan untuk membedil kapal dagang dan kapal perang AS di Laut Merah.

Kumpulan pemberontak yang menguasai sebahagian besar Yemen itu menyasarkan kapal dagang Barat di Laut Merah dan Teluk Aden sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Sejak tentera AS dan Britain melancarkan tindak balas terhadap serangan Houthi, kumplan itu mengisytiharkan kapal kedua-dua negara berkenaan sebagai sasaran mereka. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI