fbpx

25 orang jadi mangsa penipuan phising dalam seminggu di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seramai 25 individu menjadi mangsa kehilangan wang simpanan di dalam akaun bank masing-masing disyaki didalangi sindiket penipuan di Terengganu pada minggu ini.

Kes penipuan menggunakan modus operandi phising tersebut antara 4 Februari hingga semalam itu melibatkan kerugian keseluruhan kira-kira RM30,000.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli, Mazlan berkata, kebanyakan mangsa terperdaya setelah memasuki pautan mengandungi Android Package File (APK) dalam bentuk malware yang dihantar menerusi kiriman pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp dan Telegram.

“Mereka merupakan mangsa phising, pautan diberikan mengandungi malware atau virus yang boleh menyebabkan data atau maklumat penting di dalam telefon bimbit masing-masing dicuri.

“Selain itu, sebahagian mangsa juga terperdaya apabila diberikan nombor OTP (kata laluan sekali guna) oleh scammer (penjenayah),” katanya di sini hari ini.

Mazli berkata, kesemua mangsa menyedari wang simpanan mereka di dalam akaun bank masing-masing mengalami pengurangan dipercayai dicuri sindiket sebelum membuat laporan polis sepanjang minggu ini.

Beliau berkata, ia melibatkan 13 kes di Kuala Terengganu, Besut (enam), Dungun (empat) serta Kemaman dan Hulu Terengganu masing-masing satu kes.

“Sehubungan itu, saya menasihatkan masyarakat agar tidak menekan apa-apa pautan terutama yang mempunyai APK tidak sah.

“Orang ramai juga tidak sepatutnya berkongsi butiran kad ATM, OTP dan kod pengesahan transaksi (TAC) dengan individu lain, “ katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI