fbpx

UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah – Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong sebarang usaha dari mana-mana pihak untuk menambah baik Perlembagaan Persekutuan dan memperkasakan undang-undang Syariah.

Perkara tersebut merupakan susulan keputusan Mahkamah Syariah mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah, semalam.

Menurut Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, langkah tersebut dapat memastikan sebarang masalah dapat diselesaikan supaya tidak lagi timbul keadaan yang tidak menentu.

Tambah Mohamad, UMNO juga meminta kerjasama daripada pihak yang berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar meneliti cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan.

Mohamad juga menyangkal dakwaan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai memperkecilkan Islam mahupun sistem undang-undang Syariah.

“Kita tidak mahu isu pertindihan undang-undang negeri dan Persekutuan berulang kerana ini akan mencemar sistem kehakiman atau perundangan syariah itu sendiri.

“Dalam keputusan semalam, tiada isu memperkecilkan atau Mahkamah Persekutuan memperkecilkan kuasa atau status mahkamah syariah mahupun agama Islam,” ulasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang di sini hari ini.

Menurut Mohamad, isu tersebut lebih kepada isu teknikal yang membabitkan enakmen negeri di Kelantan yang bertindih dengan Perundangan Persekutuan.

“Kita akan sokong segala usaha membabitkan pindaan Perlembagaan, apa yang baik untuk agama dan apa yang terbaik untuk negara.

“UMNO akan terus sokong supaya kebaikan dapat kita bawa dan masalah perlu diselesaikan segera,” katanya.

Tambah Mohamad, keputusan kerajaan Kelantan yang diumumkan semalam adalah bercanggah dengan apa yang telah ada di dalam Perlembagaan negara kita.

“Jadi ia bukannya masalah seperti orang kata ‘Black Friday’ atau apa.

“Jadi di peringkat negeri pula kita mesti faham bahawa negeri tidak boleh buat apa-apa perundangan yang bercanggah ataupun bertindih dengan sedia ada di peringkat Persekutuan,” ulasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI