fbpx

Bekas jaga didakwa noda budak tujuh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Ridzwan (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun minggu lalu.

TELUK INTAN – Seorang bekas pengawal keselamatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Ridzwan Mahmud@Mahamood, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.

Lelaki itu didakwa meraba mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah di Teluk Intan dekat sini pada pukul 6.45 pagi, 31 Januari lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, R. Rishan Kumar mencadangkan wang jaminan RM20,000 berserta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi bagaimanapun memohon satu jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam dan  menjaga ibunya berusia 78 tahun yang uzur.

Pada prosiding itu, beliau turut meminta anak guamnya dirujuk kepada pakar psikiatri bagi menjalani pemeriksaan mental.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melapor diri setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak menganggu mangsa.

Tertuduh juga perlu dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan bagi mendapatkan laporan pakar psikiatari. Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Mac ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI