fbpx

[VIDEO] Jenazah Mohd Azraai Khor selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua anak perempuan Allahyarham Mohd Azraai Khor (tengah) di sisi kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Jenazah jurulatih legenda, Mohd Azraai Khor Abdullah, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, di sini kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

Terdahulu, jenazah dibawa dari sebuah pusat perubatan swasta ke rumahnya di Kampung Alor Semadom, di sini sebelum disembahyangkan di Masjid Sultanah Bahiyah.

Lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan arwah hadir pada majlis pengebumian.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Malaysia sekali lagi kehilangan permata dalam industri bola sepak tempatan apabila Mohd Azraai Khor meninggal dunia akibat sakit dalam perut di sebuah pusat perubatan swasta, di sini hari ini.

Allahyarham Mohd Azrai disahkan meninggal dunia pada pukul 12.05 tengah hari tadi ketika menerima rawatan di pusat perubatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI