fbpx

Banjir kilat ‘kejutkan’ warga Felda Tersang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
1. KEADAAN kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang yang digenangi air akibat banjir kilat awal pagi tadi.

RAUB – Hujan lebat berterusan selama lebih sejam awal pagi tadi menyebabkan beberapa kediaman penduduk di Felda Tersang 1 dekat sini dilanda banjir kilat.

Difahamkan hujan lebat bermula sekitar pukul 4.30 pagi itu turut menjejaskan kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tersang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dalam satu kenyataan berkata, seramai 81 mangsa dari 15 keluarga yang terjejas banjir telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Balai Raya Tersang 1.

“Sebaik menerima maklumat pada pukul 5 pagi, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bergegas ke lokasi kejadian bagi memantau dan membantu kerja-kerja pemindahan penduduk.

“Sebuah PPS di Balai Raya Tersang 1 turut dibuka bagi menempatkan kesemua 81 mangsa banjir,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, faktor kejadian berpunca daripada hujan lebat yang berterusan dan menyebabkan air melimpah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI