fbpx

Seorang maut, empat lagi hilang dalam tragedi kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI tragedi kepala air di sungai dekat Kampung Poh, Bidor yang mengorbankan seorang wanita sementara empat lagi masih hilang.-IHSAN JBPM

TAPAH – Seorang wanita ditemui lemas manakala empat lagi dikhuatiri hilang selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di sungai dekat Kampung Poh, Bidor di sini hari ini

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 4.03 petang.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor telah dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Kejadian membabitkan tujuh individu yang berkelah di lokasi berkenaan. Dalam kejadian itu, seorang wanita ditemui lemas sementara empat lagi hilang termasuk tiga kanak-kanak.

“Seorang wanita dan seorang kanak-kanak dianggarkan berusia 12 tahun terselamat,” katanya.

Menurut beliau, operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI