fbpx

Kementerian Pendidikan larang pelajar guna ‘energy stick’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADHLINA Sidek (tengah) dan Aminuddin pada majlis Hari Perpaduan Silang Budaya Dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian, di Nilai, Seremban hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

SEREMBAN – Kementerian Pendidikan melarang penggunaan ‘energy stick’ dalam kalangan pelajar serta murid sekolah dan akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Kesihatan bagi mengekang perkara itu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu juga, pihaknya meminta ibu bapa serta pihak sekolah untuk mengambil perhatian berkaitan isu berkenaan agar anak-anak mereka tidak terjebak dengan pengambilan ‘energy stick’ berkenaan.

“Kementerian Kesihatan telah pun ambil tindakan dan Kementerian Pendidikan menyokong apa sahaja tindakan yang diambil.

“Sebab itu saya nasihatkan kepada murid jangan ambil, tumpukan pada pendidikan dan jaga kesihatan. Luangkan masa dengan program berfaedah dan jangan mengambil (energy stick) kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada kesihatan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Hari Perpaduan Silang Budaya Dan Agihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Peringkat Negeri Sembilan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nilai Impian, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkara berasingan, Kementerian Pendidikan sedang menjalankan siasatan sekiranya terdapat dakwaan kebocoran pada kertas mata pelajaran Sejarah bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

“Apa sahaja dakwaan pihak kementerian akan siasat dan pada yang masa sama, saya minta anak-anak ini tidak diganggu dengan berita-berita ini, bagi mereka ruang untuk fokus dengan kertas peperiksaan yang sedang mereka lalui.

“Kami akan siasat dan mengambil penuh tanggungjawab ini,” katanya yang memberitahu pihak kementerian mempunyai integriti cukup tinggi dalam mengawal dengan ketat peperiksaan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI