fbpx

Ahmad Maslan rajin masak kalau stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad menunjukkan menu masakannya, semalam.

PETALING JAYA – “Masak sendiri boleh kurangkan stres untuk saya”.

Itu pengakuan yang dibuat oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, di media sosial miliknya, semalam.

Beliau menjelaskan, aktiviti berkenaan mampu merehatkannya daripada stres dengan suasana semasa, politik dan lain lain.

“Masak sendiri boleh kurangkan stress untuk saya. Stress suasana semasa, stress politik dan lain lain.

“Lauk kegemaran pagi ini pucuk ubi kayu goreng dengan telur, bawang merah, cili merah, halia, bawang putih, perisa, kicap, minyak sawit D’Saji Felda. Sikit nasi putih dan air kosong,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan, rata-rata pengguna memuji kandungan di media sosial Ahmad yang dikatakan tidak hanya bercerita mengenai politik sahaja.

Malah, ramai yang meminta beliau berkongsi menu masakan yang disediakan olehnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI