fbpx

24 tan daging babi sejuk beku Sepanyol dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Selangor memeriksa daging sejuk beku tersebut di Pelabuhan Barat, Klang.

KLANG – Sejumlah 24 tan daging babi sejuk beku dari Sepanyol ditahan selepas menggunakan dokumen mengelirukan di sebuah gudang di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Penahanan barang dagangan tersebut dilakukan hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) kira-kira pukul 3.30 petang, Sabtu lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, pemeriksaan mendapati maklumat mengelirukan tersebut adalah maklumat nombor loji di dalam permit import yang tidak sama dengan dokumen sijil kesihatan.

Katanya, kerajaan hanya membenarkan pengimportan dari loji abatoir yang telah diluluskan sahaja dan mematuhi tahap biosekuriti yang telah ditetapkan.

“Kita telah menahan sejumlah 24,993.24 kilogram ‘Frozen Pork Belly’ dianggarkan bernilai RM443,197.77 yang dipercayai untuk pasaran tempatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728] yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan,” katanya hari ini.

Difahamkan kesemua barangan itu diimport oleh sebuah syarikat perdagangan makanan sejuk beku yang beroperasi sekitar Lembah Klang.

Syarikat itu telah memulakan perniagaan sejak sembilan tahun lalu.

Mohd. Sobri menegaskan Maqis sentiasa komited dan memperkasakan lagi semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI