fbpx

Tiga sahabat berdepan hukuman mati edar syabu 82.86kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAHATHIR (kiri), Muhammad Nazry (tengah) dan Muhammad Amirul (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Muar hari ini selepas dituduh mengedar syabu seberat 82.86kg, hujung bulan lalu. - Foto oleh ZARIFAH ZAHIRAH JUANIS / KOSMO!

MUAR – Tiga sahabat berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas mengedar dadah jenis syabu 82.86 kilogram (kg), hujung bulan lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mahathir Hamzi, 24, Muhammad Amirul Azhar, 31, dan Muhammad Nazry Iskandar, 27.

Mereka hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan niat bersama mengedar dadah anggaran kasar seberat 82,866 gram methamphetamine.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka di sebuah rumah di Sungai Balang Darat, di sini pada pukul 6.45 petang, 24 Januari lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen yang sama bersama Sesyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan 15 sebatan.

Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI